Eurycoma longifolia, atau nama panggilannya TONGKAT
ALI merupakan sejenis herba yang sangat terkenal dalam perubatan tradisional.
Nama lain termasuklah Long Jack, Malaysian Ginseng, Setunjamg Bumi,
Bedara Pahit,
Pokok Jelas, Cay ba binh, Ian-don
dan Jelaih.
Umumnya, akar TONGKAT ALI adalah yang paling terkenal dari segi penggunaannya namun batang, bunga dan daunnya juga bermanfaat. Secara tradisional, antara lain ia digunakan sebagai anti-malaria, anti-ulser dan rawatan wanita selepas bersalin. Daunnya digunakan untuk mengelakkan penyakit gusi dan merawat penyakit kelamin (sifilis dan gonorea) dan akarnya untuk mengurangkan tekanan darah, demam dan keletihan.
TONGKAT ALI DAN KESIHATAN BATIN
Seperti yang kita telah lama tahu, TONGKAT ALI mampu untuk
merawat masalah kesihatan batin lelaki. TONGKAT ALI mengandungi bahan biologi yang
aktif (EuryPeptides) yang mampu
meningkatkan dan merangsang penghasilan testosteron. Testosteron akan
melancarkan metabolisme dan menaikkan ghairah seksual (libido) seseorang
lelaki.
Manfaat hormon testosteron ialah:
- Meningkatkan gairah seksual.
- Menjadikan tulang lebih kuat.
- Meningkatkan kepadatan otot.
- Meningkatkan pembentukan sel darah yang membantu penghasilan tenaga yang lebih tinggi dan mempercepat masa pemulihan apabila sakit atau luka.
- Meningkatkan fungsi otak termasuk daya ingatan
- Mengurangkan stress dan membantu mempertahankan suasana hati yang gembira.
KHASIAT TONGKAT ALI
MENINGKATKAN KESUBURAN DAN MELAMBATKAN PENUAAN
TONGKAT ALI meningkatkan
penghasilan HGH, hormon tumbesaran manusia (Human Growth Hormone) yang penting
Untuk melambatkan proses penuaan, meningkatkan kesuburan, membaiki kualiti
sperma, meningkatkan penghasilan sel darah putih dan sel darah merah, sekali gus
membuat tulang dan sendi menjadi kuat.
MEMBAIKI PENGALIRAN DARAH DAN MERANGSANG SARAF
PUSAT
TONGKAT ALI merupakan sejenis tumbuhan afrodisiac yang dapat melancarkan
peredaran darah pada sistem saraf pusat dan zakar. Kesannya, ejakulAsi pra
matang dapat diatasi.
MENINGKATKAN SISTEM METABOLISME
TONGKAT ALI membaiki kelenjar
Tyroxine yang mengatur sistem metabolisme manusia dan membantu pembakaran
kalori secara lebih efektif. Dengan ini, organ badan akan dapat berfungsi
dengan lancar.
MENAMBAH TENAGA, DAYA TAHAN DAN STAMINA
TONGKAT ALI meningkatkan
penghasilan Adenosine Tri-Phosphate (ATP) yang penting untuk meningkatkan
tenaga dan stamina tanpa memberi kesan sampingan seperti gelisah atau insomnia.
ANTI-MALARIA
TONGKAT ALI mengandungi quassinoid,
eurycomanone, dan alkaloid yang bertindak sebagai anti-plasmodium
(anti-malaria).
MENGURANGKAN RISIKO PENYAKIT JANTUNG
TONGKAT ALI memperbaiki peredaran
darah yang tidak lancar dan meningkatkan kadar kolesterol HDL (kolesterol baik)
yang bermanfaat untuk mengurangkan risiko penyakit jantung.
TONGKAT ALI tidak memberi kesan
sampingan kerana TONGKAT ALI merupakan herba serbaguna yang terbaik.
TONGKAT ALI DAN EPM CAPSULE

EPM CAPSULE
mengandungi gabungan 5 herba terhebat, termasuklah TONGKAT ALI (Eurycoma
longifolia). Ini menjadikan EPM CAPSULE sebagai ubat herba terbaik yang
mampu memberi kepuasan dari segi mental, fizikal dan batin. Pengamalan EPM
CAPSULE sebagai suplemen harian tidak akan memberi kesan sampingan kerana
kandungan herba seperti TONGKAT ALI asli diekstrak terus dari akarnya.
***Sila rujuk EPM
CAPSULE pada bahagian Supplement untuk mengetahui lebih lanjut tentang produk
ini serta testimoninya



No comments:
Post a Comment