Imah, seorang janda yang muda, jelita dan seksi tinggal seorang diri di
sebuah banglo dua tingkat. Ramai lelaki tidak kira tua atau muda menggilainya
tapi Imah tidak pernah melayan. Siapakah agaknya lelaki yang berjaya
memikatnya? Sungguh bertuah lelaki itu kerana harta- harta Imah bernilai
berjuta, hasil peninggalan suaminya seorang ahli perniagaan yanmg berjaya.
Kini sudah masuk tahun ke-3 Imah tidak bersuami. Sudah lama dia
bersabar. Dalam hatinya yang sepi itu, sebenarnya beliau tidak menafikan dirinya
memang kehausan teman. Apatah lagi dirinya kini kian bergetah kembali, yang
longgar pun sudah rapat, yang cantik pun pun makin bertambah cantik lagi. Ini
juga adalah hasil daripada minatnya yang mendalam terhadap barangan kosmetik
dan barangan penjagaan diri.
Dalam sikapnya yang tidak mengendahkan lelaki namun pada malam ini
beliau amat berharap mana-mana lelaki akan datang kepadanya. Sesiapa sahaja
yang datang malam ini beliau akan sudi menghulurkan tangan.
Tambahan lagi, Imah tinggal berseorangan dalam kegelapan. Bekalan
elektrik petang tadi sudah terputus. Imah amat kehausan sekali. Perasaan Imah
semakin resah. Sabar Imah menunggu, sejam dirasakan bagaikan sehari. Keresahan
dan degupan jantungnya makin memuncak.
Tuk!!!Tukkk! Tiba-tiba tingkap rumahnya diketuk orang.
“Ohhhh!Syukurlah!!!”kata Imah di dalam hatinya. Imah terus berlari membuka
tingkap rumahnya yang diketuk itu.
Apabila tingkap dibuka, muncul seorang lelaki umur dalam lingkungan
30an berambut mawi melemparkan senyuman manis kepada Imah. Imah pun membalas
senyuman itu. Senyuman mereka berdua jelas kelihatan di dalam samar-samar
cahaya torch light milik lelaki itu. Lantas, lelaki itu menghulurkan tangan
kanannya lalu disambut oleh Imah.
Inilah saat pertama kalinya Imah memegang tangan lelaki semenjak
suaminya meninggal dunia. Peluh Imah keluar mencurah disertai degupan
jantungnya kian deras berdenyut.
Lelaki itu memimpin Imah berjalan. “Adik duduklah di sini” kata lelaki
itu. Imah pun duduk perlahan-lahan dan bagaikan terpukau mengikut sahaja apa
arahan lelaki itu dan tiba-tiba Imah terasa punggungnya menjadi dingin. Dingin
dan sejuk akibat air telah mula, membasahi punggungnya yang gebu itu.
Menyedari ada sesuatu yang tidak kena, cepat-cepat lelaki itu berkata”
Ohhh!!Maaflah dik, tempat duduk dalam sampan ini kesemuanya basah kerana
tempias dek air banjir ni, tapi apapun adik telah selamat!” Jawab Imah
“Yalah!!Kalaulah abang tidak datang tadi, entah macam manalah nasib saya, air
banjir ni nampaknya semakin naik, kalaulah ia mencecah bumbung tak tahulah apa
akan terjadi. Tapi nasib baiklah air naik setakat tingkat atas rumah saya ini
sahaja, jadi dapatlah saya menunggu di sini”.
Lelaki tadi terus menghidupkan semula enjin sampannya lalu terus ke
pusat pemindahan mangsa-mangsa banjir di sebuah sekolah kebangsaan.
No comments:
Post a Comment